Relax

Thursday, 22 October 2015

Rumah Kecil Dan Rumah Besar

Alangkah indah jika dapat memiliki rumah besar kan? Rasanya semua kita jika ditanya, sudah pasti mengimpikan rumah besar. Setiap anak-anak ada ruang bilik sendiri, isteri ada ruang dapurnya yang luas, meja besar boleh letakkan segalanya, laman yang besar supaya anak-anak bebas bermain. Lagi kita nak, TV besar di ruang tamu, sebuah lagi TV di bilik sendiri sebab nak privasi. Nak bagi segala kemewahan kepada setiap ahli keluarga kita. Tidak ingin mereka jauh ketinggalan dari rakan-rakan sekeliling mereka.  Kita juga nak, mereka gembira dengan segala yang ada. Tapi, makin besar rumah makin banyaklah kosnya. Mampukah kita? Mampu tu memang mampu.
         Tapi kalau rumah kecil, kita rasa tak selesa, bilik tidur hanya satu sahaja, tu pun kalau ada. di situ juga dapurnya, di situ juga ruang tamunya, di situ juga segalanya. Jadi, berangan-anganlah kita nak rumah besar segala. Susah kan kalau hidup macam ni. Inilah berlaku jika kita tidak pernah bersyukur kepada Tuhan.
         Sedarkah kita, rumah kecil itu, memberikan lebih banyak ruang kita bersama keluarga. Biarpun meja dapurnya kecil, tapi lebih senang nak suap anak-anak, suami dan isteri bagi lebih mesra. Gapai lauk pun senang. Tidur pula, semuanya bersama, lagilah banyak masa bercerita bersama keluarga. Biarpun sempit, istimewanya selamat lebih bila bersama. Berbanding rumah besar, bilik masing-masing, semua ada privasinya, tapi ada bahaya, kerana kita tidak sentiasa boleh berwaspada. Maknanya, kemewahan yang kita berikan pada anak-anak seperti laptop, handphone pintar dan segalanya boleh menjadi punca kita alpha. Makin besar rumahnya makin tinggi peluang renggang tu ada. Maklumlah bilik masing-masing. Semua nak privasi, maka wujudlah leka. Mak Ayah sibuk pula mencari harta. Jadi, bila masa untuk keluarga. Kalau tak, tidak tercapailah rumah besarnya.
          Adakah rumah besar itu jaminan bahagia? Ya atau tidak sebenarnya terpulang kepada bagaimana pendapat kita sendiri. Di sini bukanlah perdebatan menyatakan bahawa rumah kecil lebih bahagia, namun kebahagiaan sesebuah institusi sebuah keluarga itu bergantung kepada kejayaan bagaimana institusi keluarga itu menyelaminya. Oleh itu, sikap bersyukur setiap ahlinya juga akan menjadikan ahli keluarganya sedar bahagia itu bukanlah suatu benda yang boleh dijual beli.

Thursday, 15 October 2015

PESANAN TUAN BLOG

Blog ini bertujuan untuk perkongsian ilmu dan maklumat, segala kandungan yang dikongsikan mungkin kurang tepat. Ia juga mungkin tidak sejajar dengan situasi semasa. Maaf dipinta jika maklumat yang dikongsikan bukan seperti yang diingini. Malahan Blog ini masih lagi dalam pembikinan. Selaku admin blog ini, saya akan berusaha membaikpulih isi kandungan agar sejajar dengan informasi terkini. Admin juga ingin mengalu-alukan cadangan yang positif demi perkongsian bersama. Namun, admin tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang bersifat negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak yang turut mengikuti perkembangan blog ini. Sokongan anda semua amat dihargai. Sekian Terima Kasih!

MATEMATIK


Matematik Tingkatan 1
Matematik Tingkatan 2
Matematik Tingkatan 3
Matematik Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 5

Pautan Berguna Untuk Para Guru

SAPS ONLINE Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah
PAJSK Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum

HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia
                  Cara Memasukkan SKT Guru Ke Dalam Sistem HRMIS
APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid
e-Operasi Modul Data Operasi
e-SPLG Sistem Pengurusan Latihan Guru

 e-Penyata Gaji
KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Cikgu Hailmi Berkaitan Perpindahan Antara Wilayah

 KPM

 JPN Pulau Pinang
 PPD Barat Daya

 SMK TBG
 VLE Frog