Alangkah indah jika dapat memiliki rumah besar kan? Rasanya semua kita jika ditanya, sudah pasti mengimpikan rumah besar. Setiap anak-anak ada ruang bilik sendiri, isteri ada ruang dapurnya yang luas, meja besar boleh letakkan segalanya, laman yang besar supaya anak-anak bebas bermain. Lagi kita nak, TV besar di ruang tamu, sebuah lagi TV di bilik sendiri sebab nak privasi. Nak bagi segala kemewahan kepada setiap ahli keluarga kita. Tidak ingin mereka jauh ketinggalan dari rakan-rakan sekeliling mereka. Kita juga nak, mereka gembira dengan segala yang ada. Tapi, makin besar rumah makin banyaklah kosnya. Mampukah kita? Mampu tu memang mampu.
Tapi kalau rumah kecil, kita rasa tak selesa, bilik tidur hanya satu sahaja, tu pun kalau ada. di situ juga dapurnya, di situ juga ruang tamunya, di situ juga segalanya. Jadi, berangan-anganlah kita nak rumah besar segala. Susah kan kalau hidup macam ni. Inilah berlaku jika kita tidak pernah bersyukur kepada Tuhan.
Sedarkah kita, rumah kecil itu, memberikan lebih banyak ruang kita bersama keluarga. Biarpun meja dapurnya kecil, tapi lebih senang nak suap anak-anak, suami dan isteri bagi lebih mesra. Gapai lauk pun senang. Tidur pula, semuanya bersama, lagilah banyak masa bercerita bersama keluarga. Biarpun sempit, istimewanya selamat lebih bila bersama. Berbanding rumah besar, bilik masing-masing, semua ada privasinya, tapi ada bahaya, kerana kita tidak sentiasa boleh berwaspada. Maknanya, kemewahan yang kita berikan pada anak-anak seperti laptop, handphone pintar dan segalanya boleh menjadi punca kita alpha. Makin besar rumahnya makin tinggi peluang renggang tu ada. Maklumlah bilik masing-masing. Semua nak privasi, maka wujudlah leka. Mak Ayah sibuk pula mencari harta. Jadi, bila masa untuk keluarga. Kalau tak, tidak tercapailah rumah besarnya.
Adakah rumah besar itu jaminan bahagia? Ya atau tidak sebenarnya terpulang kepada bagaimana pendapat kita sendiri. Di sini bukanlah perdebatan menyatakan bahawa rumah kecil lebih bahagia, namun kebahagiaan sesebuah institusi sebuah keluarga itu bergantung kepada kejayaan bagaimana institusi keluarga itu menyelaminya. Oleh itu, sikap bersyukur setiap ahlinya juga akan menjadikan ahli keluarganya sedar bahagia itu bukanlah suatu benda yang boleh dijual beli.
No comments:
Post a Comment